Custom Search
PruBSN's vision is to be a world class Shariah compliant financial solutions provider. We Understand, We Care.

Sunday, October 12, 2008

PRUBSN TAKAFUL BERHAD



Kuala Lumpur, 8 Ogos 2006 – Prudential plc (Prudential ) dan Bank Simpanan National (BSN) melancarkan sebuah syarikat usaha sama takaful yang dinamakan Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) hari ini. Logo syarikat tersebut juga turut dilancarkan oleh Tetamu Kehormat, Tan Sri Dato’ Dr Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Malaysia di satu majlis di Kuala Lumpur hari ini. Pemegang saham PBTB, BSN dan Prudential masing-masing memegang kepentingan 51 peratus dan 49 peratus dalam syarikat usaha sama tersebut.


Syarikat usaha sama baru ini akan menawarkan rangkaian produk tabungan perlindungan dan pelaburan yang dirangka untuk memenuhi keperluan unik Bumiputera, yang merangkumi 60% daripada penduduk Malaysia. PBTB ialah syarikat pertama yang dilancarkan berikutan pengeluaran empat lesen takaful baru oleh Bank Negara. Sejumlah sembilan lesen kini telah dikeluarkan. Dalam tempoh beberapa tahun lepas, industri takaful telah mencatatkan pertumbuhan yang jauh lebih tinggi daripada insurans biasa, menjadikannya salah satu daripada segmen paling pantas berkembang dalam pasaran kewangan Islam tempatan.


Encik Mohamad Salihuddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat usaha sama tersebut (PBTB), mengucapkan terima kasih kepada Bank Negara “ke atas peluang untuk membangunkan industri yang sangat penting iaitu industri takaful. Dari perspektif pelanggan, inilah masa yang paling sesuai untuk mempertimbangkan produk takaful kerana lebih banyak syarikat takaful yang beroperasi bermakna peningkatan pilihan produk yang inovatif dan berpatutan akan dapat ditawarkan,” kata Salihuddin


“Kami akan memberi tumpuan untuk memahami keperluan pelanggan Malaysia dan merekacipta produk untuk memenuhi keperluan tersebut. Memandangkan ramaui pelanggan Bumiputera yang masih kurang perlindungan insurans, kami berhasrat merebut peluang untuk memperkenalkan produk takaful keluarga dan am baru yang menarik, termasuk produk takaful berasaskan pelaburan,” tambah Salihuddin.


Encik Ng Keng Hooi, Pengarah Urusan bahagian Insurans, Prudential Corporation Asia berkata, “Prudential gembira untuk melancarkan usaha sama ini dengan BSN, salah satu daripasa institusi kewangan terkemuka yang paling dihormati. Dengan pelancaran Prudential BSN Takaful Bhd, kami berpeluang untuk membantu penduduk Bumiputera yang kurang mendapat perlindunagn insurans untuk melindungi dan memantapkan kedudukan kewangan masing-masing.”


Encik Ng Keng Hooi juga berkata, “Usaha sama ini juga bertuah kerana bertunjangkan dua syarikat induk yang terkemuka. Kedua-dua rakan kongsi tersebut adalah jenama yang dipercayai. Prudential membawa keupayaan global yang kukuh dan pengalaman yang luas dalam bidang insurans – iaitu hampir 160 tahun di Eropah dan lebih 80 tahun di Malaysia – ke dalam perkongsian ini. BSN pula adalah sebuah institusi kewangan yang terkemuka dan dihormati di negara ini. PBTB juga akan memanfaatkan kepakaran pembangunan produk antarabangsa Prudential, yang merupakan pemimpin dalam pasaran insurans berkaitan pelaburan. Di samping itu, kami memiliki produk penyakit kritikal dan perubatan yang kami percaya amat menarik bagi pelanggan takaful. Usaha sama baru ini juga akan memanfaatkan tenaga agensi Prudential berjumlah 7,000 orang dan juga rangkaian 387 cawangan BSN.


Dato’ Azim Mohd Zabidi, Pengerusi BSN berkata, “Pelancaran PBTB menandakan satu lagi mercu jaya penting bagi BSN kerana usaha sama ini mencerminkan komitmen kukuh Bank untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang mematuhi Syariah, termasuk produk Perbankan Islam dan Takaful yang disesuaikan khusus untuk memenuhi permintaan pengguna. Kami percaya kemunculan PBTB dalam dunia kewangan Islam memang tepat pada masanya. Syarikat ini bakal mencapai matlamat kerajaan untuk mempercepatkan tahap penembusan Takaful dan membawa manfaat kepada sebahagian besar daripada rakyat Malaysia di kawasan Bandar dan juga luar Bandar. PBTB akan menggembleng kekuatan kedua-dua syarikat induk, yang mantap dari segi kewangan dan mempunyai kekuatan tergabung dalam bidang pengedaran agensi, rangkaian cawangan, pembangunan produk dan penjenamaan.


“Produk bank takaful ini akan memanfaatkan rangkaian cawangan luas BSN dan bilangan pelanggan Bumiputeranya yang besar untuk melanjutkan capaian syarikat ke dalam pasaran Takaful. Sejumlah 387 cawangannya di seluruh negara dan lebih 7 juta pelangan memberikan capaian luas kepada pasaran Bumiputera,” tambah Dato’ Azim Mohd Zabidi.


Ibu pejabat PBTB terletak di Menara Prudential di Kuala Lumpur.


0 Comments:

PRUBSN - IKLAN TV

NADI PRUBSN

blogger templates | Make Money Online